H I M E

ENTRY ABOUT NAVI STUFFS +FOLLOW
Ang Pao & Ketupat | Happy CNY!



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum... I'm back!
I MISS MY BLOG OMG T______T *peyuk*
It has been forever since the last time I updated my blogspot, kan?
Okay aku nak explain secara ringkas apa yang terjadi sebelum ni.

Aku stop blogging for awhile sebab lepas aku habis matriks, ada something yang mengganggu aku emotionally so secara tak langsung, mood aku untuk buat benda-2 yang aku suka such as blogging tu fades away. Passion aku untuk menulis and blogging tu mula hilang.
Aku selalu je tau log in blogspot aku, aku perati je skrin laptop aku with my blogspot displayed on the screen, blog aku pun perati aku balik. Kalau blog aku ni ibarat manusia, mungkin dalam hati dia terdetik, "Hmmm ko ni nak menulis ke tak sebenarnya. Aku memang kene tengok muka ko jeke."
Tapi aku taktau nak taip apa padahal banyak je benda aku boleh cerita!
Then I eventually stopped blogging.

But sampai satu tahap, aku rasa sayang pulak kalau aku stop blogging macam tu je. Sebab in my opinion, platform blog ni luas dan aku boleh gunakan blog ni for so many benefits.
Mungkin blog tak se-popular Instagram, Twitter, etc. But kalau aku nak sembang panjang, blogspot is the only place that allows me to do so. Blog memang tempat untuk orang menulis.
Kau tak menyampah ke scroll Instagram lepastu aku post caption panjang-2 hahahahaha


So that's why I decided to return, getting started again at where I've stopped before.
Then bila mood blogging aku dah datang balik bagi salam like, "Assalamualaikum yuhuuu kawe kelik doh ni", aku pun mula bukak blogspot aku balik.
Aku tukar template blog baru and I loveeeeee it ^-^

For a quick and simple entry aku nak update, aku berbesar hati nak beritahu dan share pasal video yang kumpulan aku dah buat untuk subjek Etnik.
For those yang taktau or bukan degree students, Etnik ni subjek Universiti yang wajib amik dekat universiti nanti dan one of the assignment yang korang kene buat sebagai kerja berkumpulan is buat video.

Aku dah amik Etnik ni masa semester 1 tahun lepas so aku just nak throwback jela benda ni dekat korang. Kumpulan aku pilih tajuk amalgamasi and kiteorang kene buat video pasal amalgamasi. Tak kesah buat video lakonan pendek atau social experiment.

Basically, amalgamasi means kahwin campur antara  kaum and we decided to make a short movie. Kebetulan salah sorang ahli kumpulan aku memang expert in making videos so benda tu jadi advantage untuk kumpulan aku.

Waktu minggu ke-10 kalau tak silap aku, kumpulan aku tayang video ni dalam lecture hall and our lecturer said that it was the best video so far made by students for ethnic class hehehe

It was well filmed and edited to be honest, we were so proud of his work. Btw, nama ahli aku yang buat video ni Roy so we were thankful for Roy's hard work. He did both filming and editing and it came out perfect!

Mungkin juga salah satu faktor video ni berjaya sebab aku pandai berlakon hahahahaahaha takdelah. (but srsly)
Aku bukan watak utama sebab I preferred to be the character that I've brought which is adik perempuan kepada watak utama so aku tak kesah sangat pun tak jadi watak utama sebab aku rasa selesa dengan watak yang aku dah bawak so aku happy je :D
Sorry la kalau aku nampak kelakar hahahahahaha I tried okay!

Tapi lepas dah berlakon and tengok diri sendiri berlakon dalam video ni, aku rasa macam nak berlakon betul-2 pulak elemekkkk. Tolong la siapa-2 amik aku berlakon jadi watak adik Mira Filzah keeee huwaaa

Tapi aku nampak tembam sikit (part tu takleh nak edit) and muka nampak lesu kalau tengok dekat sebab lepas kelas terus shooting dengan cuaca panas lagi. Mana ada makeup artist nak touch-up muka huhu tapi aku redha je.

Kebetulan jugak video short film ni pasal tahun baru raya cina yang memang kene dengan tarikh sekarang, so memang sesuai sangat la aku nak share video ni during an actual chinese new year.

So here's the video, aku harap korang suka dengan video kumpulan aku dan mungkin boleh inspire korang yang nak buat video etnik pasal amalgamasi jugak hehe. Enjoy!
Oh and btw, jangan segan-2 untuk visit youtube acc Roy sebab dia jugak ada buat banyak video lain yang cantik-2.
 
So that's all from me, thank you so much for reading ^^ see you again in my next entry- signing off!


2 comment[s] | back to top