+ Follow | Dashboard

HOMIE ABOUT NAVI
FAV GALLERY ETC

“Yesterday is the past.
Today, you have a choice.
Forever is up to you.”

my network

twitter
instagram

Follow me


tagboard


its all about us


Previous post

Distracted
Life Lesson..kinda.
If I Was An Animal
Life Hacks
To Love or Be loved?
Ugly Me
I Like You Not
Little Things That Annoy Me
Do Good, Be Good.
Love At First Sight

advertisment


Title: Matrikulasi Banting; New journey
written on Friday, June 10, 2016 @ 7:25 PM ?{ 0 comments }



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t. 

Hai korang! It feels good to be back. Anyone ever miss me? Huhu

Aku dah lame tak update blog. Niat tu ade, tapi macam malas gila sebab aku sibuk uruskan kemasukan aku ke Kolej Matrikulasi. Alhamdulillah ^^


So, inilah tujuan aku menulis entry blog pada kali ini. Aku nak cerita pasal matriks!
Okay honestly aku rasa awkward gila right now mase aku menaip ni sebab aku rasa inilah entry pertama aku menulis dalam bahasa melayu hahahahaha. Sebab aku nak pastikan orang lain yang membaca entry ni lebih faham bila aku tulis direct dalam malay.

Okay tanpa merepek panjang, let's get to it, shall we?

Pada 5 Jun 2016, aku telah mendaftarkan diri di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) di Banting.
Beberapa hari sebelum mendaftar kan, aku tak tenang langsung duduk rumah. Banyak benda aku fikir. Dari segi pembelajaran, kehidupan aku, itu dan ini.

Sebab fyi, ini merupakan kali pertama aku tinggal dekat kolej. Setakat pergi kem tidur 3 hari 2 malam tu pernah la. Tapi memang takde pengalaman langsung duduk dan belajar dekat tempat lain. First time tinggalkan family.

Rumah aku tak jauh. Dekat Klang je. Tapi ini bukan soal aku jauh atau dekat dengan family, ini soalnya aku kene berdikari dan buat everything by myself. Aku baru start belajar berdikari di usia 18 tahun. Kalau dekat rumah, aku tak berjaya bangun pagi at least ade mak aku or ahli family untuk kejutkan aku. Kalau aku terlambat or tengah rushing, aku boleh mintak tolong orang lain untuk buatkan something untuk aku while aku uruskan benda lain. Tapi sekarang, aku dah kena buat segalanya sendiri. Untuk orang yang tak berpengalaman macam aku, memang ia membingkan aku. Tapi nak tanak, kene lalui jugak la kan. Cuma aku rasa aku agak lambat untuk belajar to be independent at the age 18. Dia macam payah sikit berbanding orang yang dah dilatih or diajar pada usia yang lebih muda huhu.

Jadi sekarang, aku nak ceritakan kisah orientasi aku bergelar Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) yang berlangsung selama 5 hari.

Sapa yang secara random sampai entry ini, aku nasihatkan BACA DARI SINI OK?
Yelah aku tanak la buang masa korang baca benda2 dekat atas tu hahahaha.

First day, 5 jun.
Ahad.

Aku bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8 pagi. Masa dalam perjalanan tu, fikiran aku kosong je. Tak excited, tak takut, tak sedih. Takde pape. Actually aku tak minat matriks, tapi Allah dah tetapkan aku untuk berjaya melalui matriks, so go on jela.

Sampai je, aku perati tempat belajar aku ni. Besar dan luas. Bangunan2 dia cantik je. Sebjik macam dalam gambar2 yang aku tengok dari blog orang lain. Bila aku nampak surau matriks iaitu surau As-sufi. Aku start senyum. Sebab surau ni lah salah satu sebab utama kenapa aku masuk matriks. Surau dia serius breath-taking. Besar weh. Tak macam surau. More like masjid sebab dalam dia ada tempat solat wanita dekat atas! Kiranya 'surau' ni dua tingkat. Ganas, kan? Hehehe

Abang aku parking kereta then aku sekeluarga pergi la tempat daftar. Urusan pendaftaran tu, pelajar sorang je yang dibenarkan masuk. So family aku tunggu dekat surau sementara aku settlekan urusan aku.

Satu benda je aku nak cakap. Urusan pendaftaran ni memang betul sistematik. Ada orang guide yang pergi ke mana, nak masuk mana, kene buat apa. Dan yang aku paling suka, dorang sangat friendly. Dorang senyum lebar je dekat aku. Terlalu lebar sampai buat aku rasa takut HAHAHA. Urusan aku waktu tu memang berjalan lancar dan sangat pantas walaupun aku daftar secara manual. Disebabkan aku daftar manual, aku dapat bilik aras 3. Tinggi oi!


Then lepas settle, akak fasi suruh kiteorang berkumpul kejap then bawak kiteorang pergi blok kediaman. Aku dapat blok Polaris! Okay biar aku cerita sikit.

Dekat KMS ni ada 5 blok keseluruhannya. 3 blok perempuan, 2 blok lelaki. Nama blok perempuan ialah Vega, Polaris and Mira. Blok lelaki pulak Capella and Canopus. Blok polaris ni tengah2 antara vega dan mira. Kelebihan blok aku, aku senang nak pergi dua2 cafeteria sebab cafeteria perempuan ada di kiri dan kanan blok aku. So tarahal la nak turun melantak kalau lapar hehe.

Cafeteria ada 3. 2 perempuan punya, 1 laki punye. Cafe perempuan namanya Lyra dan Carina. Cafe lelaki hmmmm aku tak ingat la namanya. Kiteorang boleh je nak pergi cafe jantina berlainan tapi sampai pukul 7 je. Lepastu dah tak boleh nak menggatal lepak lama2 kat cafe orang.

Aku masuk je bilik aku, aku terus "Waaaaahhhhhhhh~~~"
Cantiknyaaaa! Bilik dia selesa dan ada ruang privasi untuk setiap orang. Aku pilih katil tepi tingkap sebab aku dah lama mengidam nak bilik tidur yang ada tingkap. So kalau aku tengah boring, nak mengelamun ke apa boleh la aku bukak tingkap tepi katil aku dan melihat di luar jendela hihihi.

Pukul 12 tengah hari, aku dengan family pergi makan dekat cafeteria Lyra. Macam biasa la, hari pendaftaran ramai orang. Tapi sebaik kiteorang dapat duduk dekat meja kosong. Aku lapar sebenarnya. Tapi aku takde selera nak makan. Aku perati je nasi kerabu aku dalam tupperware tu tapi tak boleh makan.

Pukul  1 lebih, family aku pun balik. Lalu tinggal la aku berseorangan huhu. Lepas aku solat zohor, kemas2 sikit ape semua, dorang buat pengumuman suruh turun bawah pakai tshirt kuning kolej, tudung kolej, tracksuit and kasut sport.

Kiteorang disuruh masuk surau. Lepas pengumuman dalam surau and solat asar, kiteorang pergi Dewan Antares pulak untuk aktiviti seterusnya. Dewan Antares ni memang dikenali sebagai dewan yang PANAS. Sudah la pelajar ramai, lepastu kene duduk padat pulak tu. Haaa waktu tu la Allah uji keimanan dan kesabaran kau hahahahah.

Sampai pukul 6 lebih, kiteorang dibebaskan untuk pengurusan diri. Nak mandi ke, makan ke ape. Oleh sebab aku tak makan tadi, aku memang lapar gila. Tapi cafeteria penuh. Standard la minggu orientasi memang macam tu. Aku tak bawak makanan berat. Maggie cup tu ade, tapi takde air panas pulak. So aku makan je biskut panjang2 yang macam straw tu walaupun tak kenyang pon hahaha. Tapi atleast, ade la jugak makanan yan masuk dalam mulut aku waktu tu.

Aku tak mandi pon sebab masa tak banyak. So lepas pukul 7, kiteorang beratur dekat padang mini ikut blok then pergi surau balik untuk solat berjemaah. Haaa aku nak bagitau. Kiteorang batch ke-7 yang masuk KMS dan merupakan batch PERTAMA yang go through mppb dalam bulan puasa. Korang tau kan minggu orientasi tu memenatkan. (Like seriously, penat gila. Bukan penat biasa2 tau. Paling lama tido 3 jam je hahahahahaha bayangkan). Pada tahun ni, mppb berjalan dalam awal bulan puasa. Soooooo kau imagine sendiri la kan. Aku malas nak explain perasaan aku hahaha.

Duduk dalam surau pon panas. Aku boleh rasa peluh mengalir deras ewah ayat aku. Masa solat terawih kan, kaki aku sakit gilaaaaa. Sebab dah lama tak turun naik tangga. Bilik aku pulak dekat aras 3. Aku tanya roomate aku, dia pon cakap kaki dia sakit. Memang rasa nak tercabut kaki tu. Kalau ade jual kaki spare, memang aku beli. Tak kesah la buatan cina ke apa, asalkan aku dapat ganti kaki aku tu. Haaa gittew lew perasaan aku.

Oh anyway cakap pasal roomate, aku ada 2 orang roomate. Sorang dari KL, sorang lagi Seremban, Negeri Sembilan. Dalam bilik, memang ada 4 katil. Tapi semua orang ade 3 orang je dalam setiap bilik. Kemungkinan besar katil kosong tu akan dimasukkan untuk either budak dua tahun or budak 2nd intake. Ok sambung balik dekat mana aku berhenti tadi.

Lepas solat terawih and witir habis pukul 10, kiteorang gerak pergi bilik kuliah ikut blok. Alhamdulillah, bilik kuliah sejuk ber aircorn so tenang la sikit rasanya hahaha. Ade pengumuman sikit oleh ketua felo. Setiap blok, ade 4 orang felo. Felo tu sebenarnya lecturer2 yang jadi warden dekat blok tu. Beliau bagitau sikit pasal peraturan and hidup dalam blok, then pukul 11 kiteorang balik bilik. Ramai pergi cafe nak beli makanan sahur. Waktu aku pergi tu, dah ramai sangat. Memang leceh gila nak tunggu dalam keadaaan ramai macam tu. So aku pon masuk ke bilik terus. Mandi then masuk tido. Malam pertama tido, aku tak boleh lelap! Aku penat, tapi tak boleh tido pon. Salah satu sebabnya mungkin kerana PANAS. Hahahaha seriously. Panas sampai tak boleh tido.Kipas ada dua, tapi mashaaAllah. Lebih kurang masuk pukul 1, baru aku berjaya tido. Tapi tu pon tido2 ayam. Sebab dalam pukul 2 lebih tu, aku tersedar. Lepastu aku paksa tido balik.


 Second day, 6 Jun.
Isnin.

Pukul 3.30 pagi, aku tersedar. Akak fasi datang ketuk pintu and kejut kiteorang suruh beli makanan sahur kat bawah kalau belum beli lagi. Haa lagi satu benda aku nak bagitau. Dekat sini, setiap hari mppb akak2 fasi datang ketuk pintu setiap orang pukul 4 pagi bangun sahur and persiapkan diri. Baik kan, dorang? Dorang dah tido lewat, lepastu kene bangun lebih awal untuk kejut kiteorang. Tenkiu akak2 cute! So aku bersama roomate KL aku, Anis turun la ke bawah. Alhamdulillah, bersyukur gila dapat beli makanan. Aku fikir aku dah takde makanan sahur. Rancang nak makan biskut cicah air milo je. Rezeki2 hihi terima kasih Allah.

Lepas beli makanan, aku dengan roomate pergi mandi then makan. Pukul 5.20 pagi, kene beratur dekat padang mini. Kiteorang pergi solat subuh berjemaah then pergi dewan Antares. Ada majlis watikah perlantikan Coach and taklimat macam biasa tapi aku taktau ape jadi mase tu. Sebab aku tido HAHAHAHA. Ngantuk tau!

Then lepas solat zohor berjemaah, ade pertemuan praktikum for the first time. Tau tak praktikum tu ape? Hee. Praktikum tu macam group kecik. Dalam satu kuliah kan ade beratus orang. So dia pecahkan lagi kepada group kecik yang dipanggil praktikum. So bila ada tutorial, ulangkaji ke apa kiteorang akan ulangkaji dengan praktikum la. Dalam praktikum aku, ada 16 orang. 5 laki, selebihnya perempuan. Aku dapat modul 2. Maksudnye, aku tak belajar Biologi. Sebenarnya, aku nak modul 1. Tapi, bila Madam kitaorang terangkan itu ini, mungkin ada baiknya aku stay je dalam modul 2.

 Pukul 4, kiteorang pergi surau untuk solat asar berjemaah macam biasa. Lepas solat, ade tadarus. Biasanya ada riadah. Tapi sebab bulan puasa, dorang ganti dengan tadarus. Pukul 6 sampai 7 pengurusan diri. Pukul 7.15 dah kene ada dekat surau. Masuk je waktu, kiteorang batalkan puasa then solat berjemaah. Lepas solat, baru la makan sama2. Haaa lepas pukul 6 tadi, kiteorang kene beli makanan buka puasa. Tips untuk korang beli makanan cepat dan lancar, korang kene bergerak PANTAS. Tak boleh nak terhegeh2 jalan macam bersiar-siar tepi pantai. Kecuali kalau korang memang gemar untuk beratur panjang dan menunggu lama, haa itu terpulang la pada masing2.

Lepas solat terawih, ada taklimat fasi sikit then balik bilik.


Third day, 7 jun.
Selasa.

Ok so macam biasa bangun pukul 4, kene turun bawah dekat padang mini sebelum pukul 5.10 pagi. Aktiviti harini aktiviti LDK dengan group praktikum. Anyway aku dapat Mentor yang baik. Tak garang pun. Bersyukur sangat heee. Mentor tu macam guru kelas dalam praktikum la.

Yang best pasal aktiviti hari ni, tak penat pon. Sebab selain duduk surau untuk solat dan tadarus, aktiviti berjalan dalam makmal komputer ber aircorn je. Memang nikmat rasanya hahahaha.

Then lepas terawih, blok polaris berkumpul sekejap dekat padang mini sebab akak2 fasi nak cerita dan terangkan pasal siapa yang naik bas.


Forth day, 8 jun.
Rabu.


Harini aku bangun awal sikit pukul 3.30pagi nak elak dari lambat turun. Tido pukul 1, bangun pukul 3.30. 2 jam setengah je aku bangun. Macam mane la aku tak mengantuk haihhh. Walaupun kiteorang dapat balik bilik pukul 11 lebih, tapi aku nak mandi lagi, basuh tshirt kolej untuk pakai hari lusanya lagi, prepare baju besok lagi. Memang tak sah kalau tak penat masa mppb.

Harini memang paling seksa sebab aktiviti semua dekat dewan Antares!!

Bukan sebab panas semata-mata, tapi kiteorang kene duduk je dekat lantai dewan tu dengar taklimat dekat depan. Memang lentok jawabnye. Tapi fasi selalu perati and kejut siapa yang tertido. Dorang tanak kiteorang terlepas benda2 penting pasal matriks, tapi tulah aku cakap. Tido pon tak cukup, lepastu nak dengar orang bagi taklimat lagi. Lepastu kaki dengan punggung memang kebas teruk. Bila dapat berdiri rasa lega gila hahahah. First time aku rasa berdiri lagi nikmat dari duduk.


Last day, 9 jun.
Khamis.

Harini merupakan hari penutup!

Dan juga merupakan hari paling mengantuk skali. Aku tido pukul lebih kurang nak masuk pukul 2 centu, Lepastu bangun dalam pukul 3.45pg. 2 jam pon tak masuk aku rasa.

Lepas solat subuh dekat surau, aku tak boleh bukak mata weh. Ngantok sampai tahap tak boleh bukak mata. Dasyat gila. 

Then ada solat sunat dhuha and tazkirah ringkas, kiteorang pon bergerak ke Dewan Antares untuk last program. Seronok bila dapat berinteraksi dengan fasi2 for the last time. Ada persembahan dari budak2 baru.

Aku terkesima jugak dengar persembahan sajak tu. Serius berbakat. Dorang hayati gila sajak yang disampaikan.

Aku...... di sini.

Hahahahahahahahahaha. Paling best part bahasa Iban. Semua orang tak boleh move on hahahaha.
Then ada nasyid. Dorang nyanyi lagu Afgan PadaMu Ku Bersujud. Boek habis.

Masa dorang tayangkan video hari pendaftaran tu kan... aku masih termenung fikir.

"Betul ke aku dah masuk matriks? Betul ke aku dah masuk KMS?"

Cepatnya masa berlalu. Aku dah 18 tahun sekarang. Aku rasa macam masa makin singkat. 

Lepastu ada cheers dari setiap blok. Cheers blok Polaris aku memang best!! Mira dengan Vega pon bagus.

Tapi paling passionate cheers laki blok Capella HAHAHAHAHA. 

Lepas dah habis majlis penutup dekat dewan, kiteorang solat zohor berjemaah dekat surau then boleh la balik ke rumah~

Kiteorang dibenarkan balik ptg khamis sampai ahad. Salah satu tujuannye sebab nak bagi masa dekat pelajar untuk settlekan dokumen and borang.

So itu jelah journey aku sepanjang minggu orientasi or MPPB. Dari minggu ni la kau belajar untuk urus masa, kenal kawan baru, teroka tempat baru dan macam2 lagi. Memang penat. Memang letih. Tapi semuanya ada manfaat and kebaikan untuk kita jugak.

 Alhamdulillah aku bersyukur sebab aku takde masalah sepanjang minggu ni. Ada yang demam, selsema, sakit tekak dan sebagainya. Tapi aku okay je sihat. Dan yang paling penting, dalam keadaan yang masih baru pada aku ni, aku boleh survive. Perjalanan aku jauh lagi. Kalau aku tak belajar sekarang, selamanya aku tak boleh move forward.

Anyway sorry tau aku tak insert gambar. Memang takde gambar pon. Kalau boleh, aku nak tangkap gambar guna camera. Baru cantik. Kalau tangkap gambar guna henpon aku, kualiti tak memuaskan. Nanti lain kali aku kongsi gambar tempat belajar aku okay!

So i guess that's all from me for now. I'm happy to share this with all of you because good experiences are meant to be shared with people. Semoga kita bertemu lagi di entry akan datang.

But most importantly, always keep your nawaitu right once you further your study and remember that our parents have done the best they can to see us successful in the future. Don't disappoint them unless you've done your best as well.

Thank you for reading and wassalam~




© 2012 Layout made by mintrose. Have a nice blogging day ! ? ?